Monday, 10 October 2016

Pengalaman ku Ride ke FRASER HILL

        Assalamualaikum hello hai guys.. Lama tak update blog ni.. Belek2 dekat draft rupenye ade satu tajuk yang aku tak post lagi... kerje tergntung huhu....  So, Kali ni aku nak cerite tentang satu laluan ni yang sangat2 best dan adventure buat penunggang motosikal, iaitu di laluan Bukit Fraser.. Orang Pahang memang tau lah jalan ni camne.. Kalau nek krete tu, memang jarang la tak muntah haha.. Pengalaman aku ride moto ikut laluan ni memang puas hati... Tak sempat nak change gear 4 bro!. Memang main gear 2 & 3 je haha sebab slesai satu selekoh tak sampai berapa saat selekoh tajam menanti dihadapan. Lepas je aku habes naik turun Fraser, balik umah tido penat sangat, bangun tido je terase kejang kt otot kiri kanan pinggang... Hhaaa Nampak tak penangan selekoh die? haha lenguh beb.. Buat rider2 yang gilerkan seni ride seret lutut tu cuba la laluan ni.


Dari map ni korang boleh tngok sndiri betapa brutalnye jalan ni haha
        Tapi untuk moto yang dah modi tu, kalau rase moto tu parak minyak, standby la satu botol minyk petrol.. Sebb dekat atas tu memang takde stesen minyk... Bile pergi bukit fraser ni ade dua jnis laluan.. Satu laluan korang akan layan jalan 2way.. Dan bile smpai dekat gate Bukit Fraser dan naik ke atas tu dah mula 1 way.. 1 way die memang syiok beb! lSebab korang bebas nak ambek lap style cmne pun sebb takde kenderaan arah bertentangan... Tapi yang lemah nye bila ade kerete kat depan... Aduhai, dala besar slow pulak tu, susah nak pintas sebb jalan kecik & terlalu bnyk selekoh.. So harap para pemndu kerete faham2 lah ye.. Bile ade moto kt blkng bagi lah laluan kt moto dulu sebb rider moto memang kompom bosan punya bila tepaksa follow blkng krete kat laluan tu...Melainkan driver krete tu pn jiwa kering nak try lumba ngan moto haha.

        Syiok tu memang syiok lah kan.. Tapi kena ingt.. Laluan ni adalah laluan yang agak jarang orang guna, so jalan die agak lembab & berlumut... Untuk moto yang tayar mati, botak or taya yang korng rase takleh caye tu, tak payah la nak lap beria sangat, memang barai pnye lah... Kalau barai kt atas jalan je takpe.. Aku takut barai jatuh ke lereng bukit tu jee.. menyesal tak sudah nnti.. Tinggi  lereng bukit tuuu.. Gayat... Silap2 moto ngan rider2 sekali hilang... So better ride dengan kawan2 lebih selamat.. Tempat ni bukn saje korang bole jejalan kt bukit fraser, kalau korang msuk ikut Raub bole lajak ke depan sikit dari gate bukit fraser tu.. Ade air terjun, best weii!..
So takat ni jela cite aku tentang jalan ke bukit Fraser ni.. Kalau nak detail lagi, pegi la ride sendri yek.. Tengok sndiri hahaha... Ade beberapa lgi laluan yang aku rase best, tpi nnti2 lah aku update lain okey. Thats all.. Bbyee semua! Assalamualaikum. :D


Kualiti jalan: 3/5
Kepuasan selekoh: 5/5
Tahap keselamatan laluan: 3/5

Tuesday, 19 August 2014

Masalah Sciatica _ sakit urat _ usia muda

       


          Korang penah dengar tak tentang masalah sciatica? Sciatica ni adalah nama saintifik untuk masalah urat saraf dari punggung smpai la ke hujung kaki. Sesiapa yang sedang mengalami kesakitan ni memang diorang faham camne peritnye rase. Aku adalah salah sorang yang mengalami masalah ni dan untuk pengetahuan korang, aku alami masalah ni sejak usia muda iaitu 21 tahun.

          Pada mulanya aku mengalami sakit pinggang yang boleh tahan teruknye smasa aku berumur 19. Ni sebab ketika tu aku bekerja terlalu lasak dan berat. tugas aku yang slalu mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah adalah punca segalanya. Setelah 5 bulan bkerja aku mula rasa sakit di bhagian pinggang. Aku ingatkan cuma sakit biasa dan perlukan senaman. Ketika itu aku ade sejenis hobi sukan lasak iaitu main skateboard. Oleh sebab sibuk bkerja smpai tiada masa bersukan, aku ambil masa cuti untuk bersukan dengan bermain skateboard (tindakan bodoh tu sebenarnya). ketika itu aku menyangka dengan bersukan boleh sembuhkn msalah tu tetapi sebenarnya tidak. Selepas hanya 5 minit bermain skateboard aku berasa sakit teramat pada bahagian pinggang tulang blakang. Aku dah mula  risau. Masuk bulan keenam aku berhenti bkerja kerana menyambung pengajian. Sebelum masuk uitm, aku berasa kesakitan tulang blkang makin teruk sehinggakan batuk kecil pun terasa perit di bahagian tulang blakang bagai terkena renjatan. Aku pergi ke klinik untuk rawatan tetapi doktor hanya menerangkan bahawa itu hanya sakit urat biasa dan beri aku ubat angin dan urat. Aku berasa lega, aku makan ubat setiap hari mengikut jadual sehingga habis ubat tetapi tiada apa-apa kesan. Aku pergi farmasi untuk membeli ubat sakit urat, kakak farmasi tu tnya untuk siapa ubat tu? aku jwab untuk diri sendiri la. dia boleh gelak dekat aku dan perli2 sebab aku masih muda untuk masalah tu. Aku rasa geram dan terus aku maki hamun kakak tu dalam hati. Tau la dia sihat jngan la perli2 aku yang tengah ada penyakit ni, da penyakit nak datang nak wt camne kn? Ketika di uitm aku langsung tidak selesa ketika blajar kerana duduk terlalu lama dan juga bjalan tlalu lama, nak ruku' ketika solat hanya Allah saja yang tahu keperitannya. Akhirnya aku ambek pendekatan search internet untuk mengetahui tntang msalah ini. Rupanya ramai orang mengalami masalah ini tetapi yang merisaukan, aku dapati aku adalah seorang pengidap masalah ini yang paling muda. Terasa diri ni terlalu teruk. pada usia muda dah ada masalah mcm ni klau tua nnti macam mana pulak? Aku search senaman yang sesuai dan posisi tidur, duduk, berdiri dan cara angkat barang yng sesuai. Aku kurang kan aktiviti yng menggunakan tulang belakang sampaikan aku jual skateboard aku untuk mengelakkan perasaan gian itu timbul. Hampir dua tahun aku mengalami kesakitan tu tetapi ia beransur pulih selepas mempraktikkan cara yang betul. Sampai suatu ketika aku rasa yakin dengan kekuatan tulang belakang aku, aku cuba aktiviti sederhana untuk menguji kekuatan tulang belakang dengan menolong ayah membaiki motosikal di workshopnya. Lama kelamaan aku da boleh aktif semula cuma posisi ruku' mengambil masa untuk dapat posisi yang betul kerana urat yang sudah tegang dan tulang belakng pun rase mcm dah bersawang. Aku mula berasa selesa cuma aku trauma untuk melakukan aktiviti yang terlalu lasak seperti dulu.

          Selepas tulang blakang semakin pulih aku mula rasa pelik pada kaki kiri. Urat kaki kiri ku terasa tertarik tarik ketika aku berjalan. Aku endahkan mungkin ia perkara biasa. Selang berapa hari ia da mula terasa sakit terutamanya setiap bangun pagi. Aku tak boleh berjalan kaki lurus seperti berkawad kerana urat kaki kiri ku seolah olah terlalu tegang. urat terasa tertarik melalui punggung sampai hujung kaki. Aku berjalan tidak normal, kaki kiri terpaksa dibungkokkan sedikit untuk kurangkan kesakitan. Pada ketika tu aku berasa sangat tertekan lepas satu satu masalah timbul. Dulu hanya tulang belakang ia x menjejaskan pergerakan lari dan melompat serta duduk kaki lurus. tetapi masalah urat ini telah menghalang aku untuk berlari, lompat, duduk kaki lurus, berjoging perlahan pon xboleh! Nak solat time ruku' masyaallah! Tiap kali nak ruku' ketika solat jemaah aku berasa berdebar dan sangat takut sebab aku rasa x snggup untuk melalui saat kesakitan yang teramat pada kaki kiri. Tmbahan pula buln puasa baru saja nk bermula, terus hilang nikmat solat tarawih. Sampai satu ketika aku search di internet tntang masalah ni dan aku dapati masalah sciatica ni adalah berpunca dari tulang belakang kerana berlakunya urat tersepit. Aku bukak youtube tentang cara mengurangkan kesakitan ini. Terdapat bnyak senaman yang sesuai dan aku praktikkan setiap hari. Ketika melakukan reganggan memang terasa perit tapi tu memang perlu dilalui supaya urat boleh mengendur. Sekarang dah 5 bulan aku mengalamai masalah sciatica ni, walau pun masih ada rasa sakit tapi alhamdulillah kesakitan semakin berkurangan. Masalah sciatica ni perlu kerap bersenam dan berehat. Jika tidak bersenam urat takkan kendur dan pergerakan kaki tidak flexible.  Ini pengalaman aku sendiri. aku sangat memahami org2 yng mengalami masalah ini.

          Jadi nasihat aku untuk korang yang masih sihat tu, jagalah tulang belakang korang. guna posisi yang betul ketika mengangkat barang. Nasihat untuk korang yang sedang mengalami masalah ni, banyakkan bersabar dan sentiasa melakukan regangan, lama-lama ok la tuh. :)