Friday, 1 July 2011

Merokok..Salah atau Tak??

     Assalamualaikum.Ni kali pertama aku buat blog. Saje je nk cuba blaja buat blog ni. Kawan-kawan aku buat blog aku pun nak menyebok jugak buat blog haha. Ari ni aku nak cerita pengalaman aku berjumpa dengan budak snior tempat aku sambung blajar. Snior aku ni pintar orangnye. Jawatan die pun tinggi dalam universiti ni. satu malam,aku bjumpa die sekadar untuk sembang-sembang.Topik perbualan kitorang malam tu tentang rokok.

     Selama aku blaja kt sini,aku tak penah nampk pun snior aku ni merokok (aku ni pun bukan seorang perokok okey).Dalam pemikiran aku, die ni mesti seorng yang benci rokok dan bau rokok. Maklum la plajar pintar dan berjawatan tinggi,Die jgak terkenal dengan sikap cerewetnye. Semuanye nak sempurna, kalau tak, habes la kena bebel dengan die (kalau  die tau aku buat blog ni, habes aku).Tetapi!! ape yang aku sangka malam tu semuanya meleset! Sebenarnye die bukan seorang yang benci rokok.Sangkaan aku meleset bila die ckap kt aku “kau patut   cuba sebatang”. Tekejot berok aku! Kenapa die ckp cmtu?

     Snior tu terangkan kat aku, merokok ni sebenarnya tak salah. Cuma terpulang kepada diri sendiri untuk memikirkan baik buruknya. Die penah jugak hisap rokok, sekali dua dalam hidup dia. Sekadar untuk merasa ape tarikan merokok. Die jgak cakap, kalau kita tak mencuba, kita takda pengalaman dan tak faham keadaan perokok. Kita Cuma perlu pandai kawal diri, jngan smpai jadi perokok tegar. Merokok tu jugak hak manusia untuk merokok atau tak.Tapi jngan sesekali cuba dadah, sebab dadah salah disisi undang-undang..Humm... Merokok salah di sisi undang-undang ke tak?? Dari sisi agama plak camne yek?? Betul ke kita boleh cuba?

     Bagi aku, aku tak patot cuba, kalau sekarang ni pon aku da  terpengaruh dengan game online walaupun cuba satu kali, apetah lagi rokok. Tambah-tambah lagi aku ni mahasiswa, perlukan duit untuk bayar kos kehidupan di IPTA. Tapi betul jgak kata senior tu, merokok tak salah, semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk  menentukan mase depan masing-masing.

     Kepada pembaca,maafkan aku kalau ade salah silap dalam topik ni. Aku cuma nak cerita pengalaman je. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia okey. Salam.