![]() |
Mini 4WD GP Shizuoka |
![]() |
Antara karakter utama dalam cerita animasi Dash Yonkuro |
Selepas meletopnye cerita animasi ni dalam malaysia, kanak2 abang2 pakcik2 mula la rase semangat berkobar-kobar untuk memperoleh kereta Dash ni dan keluaran paling popular pada masa tu adalah dari brand TAMIYA dan sudah tentunya popular sehingga sekarang. Tapi harganya mahal sesangat, aku pulak mase tu kecik lagi mne la ade duit. Nak suruh ayah aku beli? memang tak mendapat ler nak beli mainan semahal tu. Kalau buku sekolah tu memang la ayah aku murah hati sikit nak membelinye bia la mahal camne pun tapi kalau mainan kirim salam jelah. So disebabkan itu, aku ambek inisiatif menabung duit belanja sekolah dan beli kereta dash (jenama Gokey je yang termampu. paling power pon Auldey). Tapi sekarang aku da berumur 20 tahun baru la aku dapat merasa, menyentuh, menghidu sendiri kereta dash buatan TAMIYA hasil duit aku sendiri ( sebenanye pkai duit PTPTN hehe maap ye). Tapi dalam keseronokan bermain kereta dash tamiya ni, aku tertanya2, apa itu TAMIYA? dari mana asal usulnye? haaaa ni lah topik yang sebenarnye aku nak bentangkan sekarang ni haha (setelah sekian lama membebel)
![]() |
Inilah logo kemegahan TAMIYA |

![]() |
Mr Yoshio Tamiya (founder) |
![]() |
Hotshot Jr |
Pada julai hingga ogos 1988 mini 4wd Racing Japan Cup yang pertama telah diadakan di 16 lokasi di seluruh japun. disebabkan aku malas nk taip panjang2 (jujur haha) aku just buat nota singkat tentang sejarah mini 4WD bagi korang semua senang baca dan fahami. Berikut adalah sejarah perkembangan dunia mini 4WD TAMIYA:
1989
Jan : Lebih daripada 23 juta Mini 4WD dijual.
Disember : Lebih daripada 44 juta 4WD mini dijual.
1990
Julai : Jualan Mini 4WD melebihi 50 juta kit.
1993
Jun: 1/32 Super Mini 4WD dimulakan dengan "Liberty Emperor ".
1994
Julai : 1/32 siri Fully Cowled Mini 4WD bermula dengan
" Magnum Saber ", yang seterusnya dijual di tahun Japan Cup.
September : Tamiya Filipina ditubuhkan.
1995
Dec: Jumlah jualan Mini 4WD melebihi 100 juta unit.
1996
Jul- Ogos : Populariti Fully Cowled mini 4WD meletup. Lebih 300,000 orang di 15 lokasi di seluruh Jepun mengambil bahagian dalam Mini 4WD Jepun Cup.
Julai : Skala 1/32 Real Mini 4WD Series dimulakan dengan "Spin Cobra " .
1998 Feb : Siri Aero -Mini 4WD Skala 1/32 bermula dengan "Max Breaker ".
May : Siri Mighty Mini 4WD Skala 1/32 dimulakan dengan " Dyna Hawk ".
Kalau korang nak info yang lebih mendalam tentang sejarah TAMIYA ni sekali lagi aku syorkan korang per ke page http://www.tamiya.com/english/tamiya/tamiya_03.htm . Untuk kali ni aku dah singkatkan khas untuk korang yang cuma nak tahu tentang mini 4WD. Sebenarnya banyak lagi info2, ilmu2 tentang mini 4WD ni yang kita perlu tahu sebagai contoh undung2 dalam perlumbaan mini 4WD TAMIYA, litar, modifikasi dan macam2 lagi tapi takkan la aku nak story kt korang kat dalam satu page ni, penat pulak korang nak skroll mouse masing2. Lagipun, aku xdela otai sangat dalam bidang ni, maklum la masih muda hehe.
1989
Jan : Lebih daripada 23 juta Mini 4WD dijual.
Disember : Lebih daripada 44 juta 4WD mini dijual.
1990
Julai : Jualan Mini 4WD melebihi 50 juta kit.
1993
Jun: 1/32 Super Mini 4WD dimulakan dengan "Liberty Emperor ".
First super mini 4WD Liberty Emperor |
1994
Julai : 1/32 siri Fully Cowled Mini 4WD bermula dengan
" Magnum Saber ", yang seterusnya dijual di tahun Japan Cup.
September : Tamiya Filipina ditubuhkan.
First Fully Cowled Mini 4WD Magnum Saber |
1995
Dec: Jumlah jualan Mini 4WD melebihi 100 juta unit.
1996
Jul- Ogos : Populariti Fully Cowled mini 4WD meletup. Lebih 300,000 orang di 15 lokasi di seluruh Jepun mengambil bahagian dalam Mini 4WD Jepun Cup.
Julai : Skala 1/32 Real Mini 4WD Series dimulakan dengan "Spin Cobra " .
1998 Feb : Siri Aero -Mini 4WD Skala 1/32 bermula dengan "Max Breaker ".
May : Siri Mighty Mini 4WD Skala 1/32 dimulakan dengan " Dyna Hawk ".
![]() |
First Aero series Max Breaker |
![]() |
First Mighty Mini 4WD series Dyna Hawk |
Jika ada masa lagi nanti aku akan cuba update info lain tentang mini 4WD ni. Sebelom aku berhenti menaip, aku nak mintk maaf kt korang2 dan otai2 yang tengah membaca sekiranya terdapat cacat cela dalam bahasa yang aku gunakan, typo atau tersalah info. Aku hanya insan biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Jika terdapat apa2 bntahan atau pembetulan yang perlu di buat mohon beritahu aku agar aku dapat memperbaikinya. Sekian saja update aku kali ni. akhir kata majulah sukan mini 4WD untuk negara (dan tolong jangan pupus lagi aku baru nak merasa main TAMIYA ni huk huk). Assalamualaikum.