Tuesday, 19 August 2014
Masalah Sciatica _ sakit urat _ usia muda
Korang penah dengar tak tentang masalah sciatica? Sciatica ni adalah nama saintifik untuk masalah urat saraf dari punggung smpai la ke hujung kaki. Sesiapa yang sedang mengalami kesakitan ni memang diorang faham camne peritnye rase. Aku adalah salah sorang yang mengalami masalah ni dan untuk pengetahuan korang, aku alami masalah ni sejak usia muda iaitu 21 tahun.
Pada mulanya aku mengalami sakit pinggang yang boleh tahan teruknye smasa aku berumur 19. Ni sebab ketika tu aku bekerja terlalu lasak dan berat. tugas aku yang slalu mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah adalah punca segalanya. Setelah 5 bulan bkerja aku mula rasa sakit di bhagian pinggang. Aku ingatkan cuma sakit biasa dan perlukan senaman. Ketika itu aku ade sejenis hobi sukan lasak iaitu main skateboard. Oleh sebab sibuk bkerja smpai tiada masa bersukan, aku ambil masa cuti untuk bersukan dengan bermain skateboard (tindakan bodoh tu sebenarnya). ketika itu aku menyangka dengan bersukan boleh sembuhkn msalah tu tetapi sebenarnya tidak. Selepas hanya 5 minit bermain skateboard aku berasa sakit teramat pada bahagian pinggang tulang blakang. Aku dah mula risau. Masuk bulan keenam aku berhenti bkerja kerana menyambung pengajian. Sebelum masuk uitm, aku berasa kesakitan tulang blkang makin teruk sehinggakan batuk kecil pun terasa perit di bahagian tulang blakang bagai terkena renjatan. Aku pergi ke klinik untuk rawatan tetapi doktor hanya menerangkan bahawa itu hanya sakit urat biasa dan beri aku ubat angin dan urat. Aku berasa lega, aku makan ubat setiap hari mengikut jadual sehingga habis ubat tetapi tiada apa-apa kesan. Aku pergi farmasi untuk membeli ubat sakit urat, kakak farmasi tu tnya untuk siapa ubat tu? aku jwab untuk diri sendiri la. dia boleh gelak dekat aku dan perli2 sebab aku masih muda untuk masalah tu. Aku rasa geram dan terus aku maki hamun kakak tu dalam hati. Tau la dia sihat jngan la perli2 aku yang tengah ada penyakit ni, da penyakit nak datang nak wt camne kn? Ketika di uitm aku langsung tidak selesa ketika blajar kerana duduk terlalu lama dan juga bjalan tlalu lama, nak ruku' ketika solat hanya Allah saja yang tahu keperitannya. Akhirnya aku ambek pendekatan search internet untuk mengetahui tntang msalah ini. Rupanya ramai orang mengalami masalah ini tetapi yang merisaukan, aku dapati aku adalah seorang pengidap masalah ini yang paling muda. Terasa diri ni terlalu teruk. pada usia muda dah ada masalah mcm ni klau tua nnti macam mana pulak? Aku search senaman yang sesuai dan posisi tidur, duduk, berdiri dan cara angkat barang yng sesuai. Aku kurang kan aktiviti yng menggunakan tulang belakang sampaikan aku jual skateboard aku untuk mengelakkan perasaan gian itu timbul. Hampir dua tahun aku mengalami kesakitan tu tetapi ia beransur pulih selepas mempraktikkan cara yang betul. Sampai suatu ketika aku rasa yakin dengan kekuatan tulang belakang aku, aku cuba aktiviti sederhana untuk menguji kekuatan tulang belakang dengan menolong ayah membaiki motosikal di workshopnya. Lama kelamaan aku da boleh aktif semula cuma posisi ruku' mengambil masa untuk dapat posisi yang betul kerana urat yang sudah tegang dan tulang belakng pun rase mcm dah bersawang. Aku mula berasa selesa cuma aku trauma untuk melakukan aktiviti yang terlalu lasak seperti dulu.
Selepas tulang blakang semakin pulih aku mula rasa pelik pada kaki kiri. Urat kaki kiri ku terasa tertarik tarik ketika aku berjalan. Aku endahkan mungkin ia perkara biasa. Selang berapa hari ia da mula terasa sakit terutamanya setiap bangun pagi. Aku tak boleh berjalan kaki lurus seperti berkawad kerana urat kaki kiri ku seolah olah terlalu tegang. urat terasa tertarik melalui punggung sampai hujung kaki. Aku berjalan tidak normal, kaki kiri terpaksa dibungkokkan sedikit untuk kurangkan kesakitan. Pada ketika tu aku berasa sangat tertekan lepas satu satu masalah timbul. Dulu hanya tulang belakang ia x menjejaskan pergerakan lari dan melompat serta duduk kaki lurus. tetapi masalah urat ini telah menghalang aku untuk berlari, lompat, duduk kaki lurus, berjoging perlahan pon xboleh! Nak solat time ruku' masyaallah! Tiap kali nak ruku' ketika solat jemaah aku berasa berdebar dan sangat takut sebab aku rasa x snggup untuk melalui saat kesakitan yang teramat pada kaki kiri. Tmbahan pula buln puasa baru saja nk bermula, terus hilang nikmat solat tarawih. Sampai satu ketika aku search di internet tntang masalah ni dan aku dapati masalah sciatica ni adalah berpunca dari tulang belakang kerana berlakunya urat tersepit. Aku bukak youtube tentang cara mengurangkan kesakitan ini. Terdapat bnyak senaman yang sesuai dan aku praktikkan setiap hari. Ketika melakukan reganggan memang terasa perit tapi tu memang perlu dilalui supaya urat boleh mengendur. Sekarang dah 5 bulan aku mengalamai masalah sciatica ni, walau pun masih ada rasa sakit tapi alhamdulillah kesakitan semakin berkurangan. Masalah sciatica ni perlu kerap bersenam dan berehat. Jika tidak bersenam urat takkan kendur dan pergerakan kaki tidak flexible. Ini pengalaman aku sendiri. aku sangat memahami org2 yng mengalami masalah ini.
Jadi nasihat aku untuk korang yang masih sihat tu, jagalah tulang belakang korang. guna posisi yang betul ketika mengangkat barang. Nasihat untuk korang yang sedang mengalami masalah ni, banyakkan bersabar dan sentiasa melakukan regangan, lama-lama ok la tuh. :)
Friday, 10 January 2014
Mastercard Visa Paypal
haahh aku baru je lepas beli barang dari luar negara melalui e-bay. hurmm bile pikirkan balek, cara membeli barangan luar negara melalui online takde la susah mane. yang penting kena berani mencuba. aku nak cerita pengalaman aku pertama kali membeli barangan dari luar negara melalui internet. dulu aku ingatkan pembelian brngan luarnegara scra online ni mesti ade master kad or kad visa. tapi sebenarnye aku da memang ade kad tu. mungkin korang sndiri pon da ade. cuba korang tengok sendiri kat dalam wallet ade kad debit mana2 bank milik korang, belek2 kad tu ade x logo mastercard atau visa? sekiranye ade korang mmg layak untuk membeli barangan online luar negara.
pade mulanye aku agak takut jugak guna duit bank untuk pmbelian online, tpi ak ambil langkah berjaga2 dengan meninggalkan jumlah duit yang betul2 untuk satu pembelian. sebagai contoh aku nak beli pendrive dari luar negara berharga rm40 (selepas di convert dari dollar ke ringgit malaysia), so aku tinggalkan hanya rm 60 di dalam bank. bile online dan pilih barang yang kite nak beli, pihak ebay akan mintk nombor di hadapan kad debit bank (bukan nombot akaun), tarikh luput, dan nombor 3 angka yang terletak di belakang kad debit. bile da confirm bayaran pihak bank akan hantar msg ke handphone korang tentang jumlah penolakan duit yang berlaku dalam akaun bank kite. tetapi ade sedikit charge service dikenakan iaitu bernilai rm3 akan ditolak duit dalam akaun bank korang.
mesti korang rasa agak rugi dikenakan charge cmtu kn? Rm3 tu bole buat bli topup call awek haha. tetapi ade caranya untuk elakkan charge mahal tu iaitu dengan menggunakan perkhidmatan Paypal. mula la pening bile aku sebut Paypal haha. jngan risau paypal sangat lah jujur dan memudahkan kerje. bila korang da register paypal, korang da x perlu key in nombor kad debit atau lain2 yang boleh membahaykan duit korang dalam bank. lepas da dftar tu bile nk beli barang just klik je pay using paypal blink* msg tros masok untuk beritahu korang tentang penolakan duit pada account korang tanpa apa2 charge dikenakan. mudah kan?
tapi walau macam mane pun, kite perlu mengambil langkah berjaga2 jugak dengan belajar untuk lebih mengenali baik buruknye. aku baru saje mulakan aktiviti ni so aku takde la sehebat mana ntuk menerangkan kebaikan dan keburukan yang ada pada system sebab aku pun masih belajar. Jadi, sama2 lah kita belajar ye huhu

Saturday, 4 January 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)