Friday, 10 January 2014

Mastercard Visa Paypal

haahh aku baru je lepas beli barang dari luar negara melalui e-bay. hurmm bile pikirkan balek, cara membeli barangan luar negara melalui online takde la susah mane. yang penting kena berani mencuba. aku nak cerita pengalaman aku pertama kali membeli barangan dari luar negara melalui internet. dulu aku ingatkan pembelian brngan luarnegara scra online ni mesti ade master kad or kad visa. tapi sebenarnye aku da memang ade kad tu. mungkin korang sndiri pon da ade. cuba korang tengok sendiri kat dalam wallet ade kad debit mana2 bank milik korang, belek2 kad tu ade x logo mastercard atau visa? sekiranye ade korang mmg layak untuk membeli barangan online luar negara.


pade mulanye aku agak takut jugak guna duit bank untuk pmbelian online, tpi ak ambil langkah berjaga2 dengan meninggalkan jumlah duit yang betul2 untuk satu pembelian. sebagai contoh aku nak beli pendrive dari luar negara berharga rm40 (selepas di convert dari dollar ke ringgit malaysia), so aku tinggalkan hanya rm 60 di dalam bank. bile online dan pilih barang yang kite nak beli, pihak ebay akan mintk nombor di hadapan kad debit bank (bukan nombot akaun), tarikh luput, dan nombor 3 angka yang terletak di belakang kad debit. bile da confirm bayaran pihak bank akan hantar msg ke handphone korang tentang jumlah penolakan duit yang berlaku dalam akaun bank kite. tetapi ade sedikit charge service dikenakan iaitu bernilai rm3 akan ditolak duit dalam akaun bank korang.

mesti korang rasa agak rugi dikenakan charge cmtu kn? Rm3 tu bole buat bli topup call awek haha. tetapi ade caranya untuk elakkan charge mahal tu iaitu dengan menggunakan perkhidmatan Paypal. mula la pening bile aku sebut Paypal haha. jngan risau paypal sangat lah jujur dan memudahkan kerje. bila korang da register paypal, korang da x perlu key in nombor kad debit atau lain2 yang boleh membahaykan duit korang dalam bank. lepas da dftar tu bile nk beli barang just klik je pay using paypal blink* msg tros masok untuk beritahu korang tentang penolakan duit pada account korang tanpa apa2 charge dikenakan. mudah kan?


tapi walau macam mane pun, kite perlu mengambil langkah berjaga2 jugak dengan belajar untuk lebih mengenali baik buruknye. aku baru saje mulakan aktiviti ni so aku takde la sehebat mana ntuk menerangkan kebaikan dan keburukan yang ada pada system sebab aku pun masih belajar. Jadi, sama2 lah kita belajar ye huhu