Tuesday, 10 December 2013

Sejarah Mini 4WD TAMIYA History

Mini 4WD GP Shizuoka

          Assalamualaikum dan salam satu malaysia! Aku nak kongsi kan sejenis permainan yang aku sangat minat sejak dari kecik. Permainan tu dikenali sebagai mini 4wd dan ia popular dengan panggilan ''kereta dash'' (ade jugak yg memanggilnye kereta deshengkuro termasok la aku haha). Panggilan ''kereta dash'' ni mula digunakan selepas munculnya cerita animasi yang sangat meletop di televisyen malaysia iaitu cerita "Dash! Yonkuro". Cerita animasi Dash! Yonkuro menceritakan tentang 5 org budak yang  bersaing dalam kejohanan rasmi dunia mini 4WD (klau nk tau lebih lanjut pegi tengok sendiri kat youtube). Cerita ni mula di siarkan di televisyen jepun iaitu di TV Tokyo pada 3 Oktober 1989 berikutan bilangan komik yang terjual untuk cerita tu sangat luar biasa. Dash! Yonkuro juga akhirnya diedarkan ke luar negara seperti di Itali, Korea Selatan, Dunia Arab dan Filipina. Anime tersebut mula disiarkan di kaca tv Itali dan Korea Selatan pada awal tahun sembilan puluhan, dan Malaysia pada tahun 1998. 
Antara karakter utama dalam cerita animasi Dash Yonkuro

          Selepas meletopnye cerita animasi ni dalam malaysia, kanak2 abang2 pakcik2 mula la rase semangat berkobar-kobar untuk memperoleh kereta Dash ni dan keluaran paling popular pada masa tu adalah dari brand TAMIYA dan sudah tentunya popular sehingga sekarang. Tapi harganya mahal sesangat, aku pulak mase tu kecik lagi mne la ade duit. Nak suruh ayah aku beli? memang tak mendapat ler nak beli mainan semahal tu. Kalau buku sekolah tu memang la ayah aku murah hati sikit nak membelinye bia la mahal camne pun tapi kalau mainan kirim salam jelah. So disebabkan itu, aku ambek inisiatif menabung duit belanja sekolah dan beli kereta dash (jenama Gokey je yang termampu. paling power pon Auldey). Tapi sekarang aku da berumur 20 tahun baru la aku dapat merasa, menyentuh, menghidu sendiri kereta dash buatan TAMIYA hasil duit aku sendiri ( sebenanye pkai duit PTPTN hehe maap ye). Tapi dalam keseronokan bermain kereta dash tamiya ni, aku tertanya2, apa itu TAMIYA? dari mana asal usulnye? haaaa ni lah topik yang sebenarnye aku nak bentangkan sekarang ni haha (setelah sekian lama membebel)
Inilah logo kemegahan TAMIYA

Mr Yoshio Tamiya (founder)
          Setelah aku googeling aku dapat info tentang sejarah pembentukan TAMIYA ni dekat page http://www.tamiya.com/english/tamiya/tamiya_03.htm. Sebenarnya nama untuk jenama TAMIYA ini diperoleh melalui nama si pengasas itu sendiri. Semuanya bermula pada tahun 1946, apabila Encik Yoshio Tamiya, iaitu si pengasas, membuka perniagaan kilang gergaji dan kayu di Shizuoka. Tamiya menceburi model pada tahun 1948, dengan model pertamanya iaitu kapal kayu. Sejak itu, Tamiya terus berkembang dengan pembuatan model yang dikenali sebagai "First in Quality Around the World". Seterunya tamiya mencipta model kereta kebal, kereta F1, motosikal, kereta kontrol, dan lain-lain. Pada march 1986 adalah tahun terciptanya mini 4wd racing yang pertama yang diberi nama Hotshot Jr.
                                     

Hotshot Jr


          Pada julai hingga ogos 1988 mini 4wd Racing Japan Cup yang pertama telah diadakan di 16 lokasi di seluruh japun. disebabkan aku malas nk taip panjang2 (jujur haha) aku just buat nota singkat tentang sejarah mini 4WD bagi korang semua senang baca dan fahami. Berikut adalah sejarah perkembangan dunia mini 4WD TAMIYA:

1989
Jan : Lebih daripada 23 juta Mini 4WD dijual.
Disember : Lebih daripada 44 juta 4WD mini dijual.

1990
Julai : Jualan Mini 4WD melebihi 50 juta kit.


1993
Jun: 1/32 Super Mini 4WD dimulakan dengan "Liberty Emperor ".
First super mini 4WD Liberty Emperor


1994
Julai : 1/32 siri Fully Cowled Mini 4WD bermula dengan
" Magnum Saber ", yang seterusnya dijual di tahun Japan Cup.
September : Tamiya Filipina ditubuhkan.
First Fully Cowled Mini 4WD Magnum Saber


1995
Dec: Jumlah jualan Mini 4WD melebihi 100 juta unit.

1996
Jul- Ogos : Populariti Fully Cowled mini 4WD meletup. Lebih 300,000 orang di 15 lokasi di seluruh Jepun mengambil bahagian dalam Mini 4WD Jepun Cup.
Julai : Skala 1/32 Real Mini 4WD Series dimulakan dengan "Spin Cobra " .


1998 Feb : Siri Aero -Mini 4WD Skala 1/32   bermula dengan "Max Breaker ".
May : Siri Mighty Mini 4WD Skala 1/32   dimulakan dengan " Dyna Hawk ".
First Aero series Max Breaker

 

First Mighty Mini 4WD series  Dyna Hawk
          Kalau korang nak info yang lebih mendalam tentang sejarah TAMIYA ni sekali lagi aku syorkan korang per ke page http://www.tamiya.com/english/tamiya/tamiya_03.htm  . Untuk kali ni aku dah singkatkan khas untuk korang yang cuma nak tahu tentang mini 4WD. Sebenarnya banyak lagi info2, ilmu2 tentang mini 4WD ni yang kita perlu tahu sebagai contoh undung2 dalam perlumbaan mini 4WD TAMIYA, litar, modifikasi dan macam2 lagi tapi takkan la aku nak story kt korang kat dalam satu page ni, penat pulak korang nak skroll mouse masing2. Lagipun, aku xdela otai sangat dalam bidang ni, maklum la masih muda hehe. 
          
          Jika ada masa lagi nanti aku akan cuba update info lain tentang mini 4WD ni. Sebelom aku berhenti menaip, aku nak mintk maaf kt korang2 dan otai2 yang tengah membaca sekiranya terdapat cacat cela dalam bahasa yang aku gunakan, typo atau tersalah info. Aku hanya insan biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Jika terdapat apa2 bntahan atau pembetulan yang perlu di buat mohon beritahu aku agar aku dapat memperbaikinya. Sekian saja update aku kali ni. akhir kata majulah sukan mini 4WD untuk negara (dan tolong jangan pupus lagi aku baru nak merasa main TAMIYA ni huk huk). Assalamualaikum.


         

Saturday, 30 November 2013

Pengalamanku Ternampak Hantu

          

          
           Korang semua tahu sekarang cerite tentang dunia seram makin hangat diperkatakan selepas kes villa nabila yg dipercayai berhantu dan berlakunye kehilangan seorang remaja di villa berhantu tersebut. Akhirnya remaja tersebut dijumpai dirumah KAWAN die kerana die bermalam disitu (kes ni dinobatkan sbgai troll semalaysia yang sangat berjaya hahaha).
          
          Sebelum die pergi bermalam di rumah KAWAN die, budak ni ade join rombongan melawat ke rumah villa nabila. Ini semua gara2 taksub sangat tengok criter HIGHLAND TOWER yang BEST SANGAT tu (tngok crite tu umpama naik roller coster smpai rase nak termuntah, pening punya pasal). Semua nk tunjuk BRAN nk try sendiri jumpa hantu depan mata, tu pn ade yang pengsan masok umah tu wlaupn beramai2 (kalau tersalah informasi mohon ampun ye). Tapi sekarang aku bukn nk cerite pasal villa nabila, aku sebenanye nak cerite pengalaman aku sendiri berdepan dengan hantu depan mata aku.
          
          Semuanye terjadi mase aku join perkhemahan jambori pengakap ketika berumur 14 tahun. Tempat perkhemahan tu aku taknak bagi tahu korang sebab takut mencemarkan nama (lupa sebenarnye haha). Tempat perkhemahan tu sngat cantik di siang hari, berangin, dikelilingi pokok dan berbukit. Tapi kelemahan tempat ni toilet dan tempat mandinye terok air paip pn susah nak dapat. Mase hari pertama berkhemah tu aku dah dengar desas-desus yg mengatakan tempat tu keras (berhantu). Aku pulak jenis kurang percaya benda2 camni (maklum la tak pernah jumpa lgi kan).
          
          Perkhemahan selama 5 hari kat situ berjalan dengan lancar dan sangat menyeronokkan. Tambah2 bile bertemu kawan2 baru dri pelbagai negeri (awek2 pengakap pn boleh tahan cunnye). Di pendekkan cerita, sampai lah malam terakhir perkhemahan, semua kawan2 melakukan aktiviti bersosial masing2. Betukar no phone, bergayut, begossip (maklum la malam terakhir mesti mau enjoy ckup2). Aku pulak dengan kawan aku pergi di bhagian jualan barangan pengakap. Ketika tu pukul 10 malam, aku berborak dengan kwan aku dan ayat yang aku masih ingt smpai sekarang mase berborak tu aku tercakap;

'' diorang cakap tempat ni keras, aku tengok tak keras mana pon. Biase2 je''

kawan aku pn balas
'' weih ko jangan cakap besar, sekali ko jumpa depan mata ko baru ko taw''



          Kira2 jam 1.15 pagi kitorang masih belum tidur, tiba2 kawan aku sorang ni mintak tolong aku teman die pergi tandas sebab nak buang air besar, tak tahan sangat dah die mase tu. So kitorang pun begerak ke tandas sedia ada, ade orang guna pulak dah. Disebabkan tak tahan sangat kwan aku ajak ke tandas usang agak jauh sikit dari tapak khemah. Di belakang tandas usang tu terdapat sebatang pokok yang sangat besar. Kat situ takde dibekalkan cahaya lampu, air pun cuma ada air tadahan hujan dalam tong. Kawan aku guna lampu suluh masok dalam tndas tanpa pikir ape2 (da x tahan sngt dah). So tinggal lah aku sorang2 kat luar tandas ditemani cahaya bulan dan sedikit cahaya dari tapak perkhemahan. Masa tu aku tak pikir ape2, rase takut pun tak. Pasal hantu memang tak terlintas pun dalam pemikiran aku ni masa tu.
          
          Akhirnya kwan aku da selesai lepaskan hajat die so kitorang pun bergerak ke tapak perkhemahan. Selang beberape langkah dari tandas usang tu, hati aku mula terdetik untuk toleh ke belakang pandang kearah tandas usang tu, kawan aku yang sorang lagi tak endahkan aku (maklum la da puas) dan aku pon tak kesah kalau die nak balik tapak perkhemahan dulu. Aku pun toleh ke belakang dan pandang ke kawasan tandas usang tu. Benda pertama yang aku nampak pokok besar di belakang tandas tu. Aku perhati betul2 pada pokok tu takde ape2. Tapi aku berasa pelik, kenapa perasaan ingin tahu aku ketika itu sangat tinggi sampai membatasi perasaan takut. Secara perlahan Aku mula mengalih pandangan aku dari pokok besar tu perlahan2 turun sehingga ke bahagian tandas usang. Bulu roma aku meremang secara tiba2 bile aku pandang pada dinding tandas usang tu. Alangkah terkejutnye aku bile aku perhati betul2 aku ternampak susuk tubuh perempuan bertudung dah berpakaian labuh tetapi tidak berwajah berdiri tegak dihadapan dinding tandas seolah2 memerhatikan aku. Aku memang nampak bentuk muka bonjol licin tiada mata hidung mulut. Tahap keberanian aku jatuh merudum, badan dah rase cam melayang2 takot punya pasal. Aku masih ingt dalam samar2 cahaya bulan dan sedikit cahaya dari tapak khemah aku ternampk sedikit kesan darah dan kotoran tanah pada kain hantu tu sebelum aku nampak muka yang tidak berwajah. Aku pndang hanya dalam 5 saat teros toleh dan berjalan laju kearah tapak perkhemahan. Tapi dalam tempoh 5 saat tu aku yakin ape yang aku nampak dan ape yang aku ceritakan ni memang datang dari mata kepala aku sendiri.
           
          Sesampainye aku di tapak perkhemahan aku cakap pada kawan aku yang ketika itu sedang seronok berborak

'' korang... Aku dah nampk benda tu..''

teros aku gerak masok kedalam khemah rebahkan badan yng tengah sejuk menggeletar. Kawan aku yang lain terpinga2 tetapi diorang taknak panjangkan cerita kerana ketika itu sudah lewat malam dan tidak sesuai untuk bercakap tentang itu.
          
          Pada jam 6 pagi azan subuh berkumandang, aku gagahkan badan aku bangun untuk bersolat wlaupun ketika itu badan aku on the way nak demam. Aku terus menuju ke surau tanpa tunggu kawan2 yang lain. Sebab aku berasa sangat selamat berada di surau dan bersolat. Allah lebih berkuasa dan aku hanya minta perlindungan dari Nya.
          
          Bermula pada peristiwa tu, aku berasa lebih gagah, menjaga solat dan menjaga percakapan dan perlakuan. Kawan2 aku memang ramai bertanya tentang peristiwa itu dan aku cerita dengan jujur tanpa tokok tambah macam ape yng aku ceritakan kat korang sekarang ni.
          
          Tips aku untuk tingkatkan  keberanian diri, korang jangan terlalu kerap menonton cerita hantu. Cerita hantu sudah pastinye bertujuan untuk menakut2kan korang. Bila korang terlalu kerap menonton cerita hantu, pelbagai wajah hantu melayang2 dalam pemikiran korang dan membuatkan korang berasa takot bila berada di tempat sunyi atau gelap sebab terbayang2 rupa hantu tu. Ade orang cakap kebanyakan orang yang mudah dirasukkan adalah orang yang jenis lemah semangat, lemah iman. Mantapkan diri korang dengan ilmu agama, hafal pelbagai surah melindung diri dari syaitan, sentiasa berdoa kepada Allah, sentiasa percaya Allah maha besar berkuasa dan hanya Allah yang wajib kita takuti bukannya hantu.

          
          So nasihat aku, kalau korang jenis yang lemah semangat, lemah iman dan ilmu agama janganlah korang melemahkan lagi dengan menonton cerita hantu. Tngok kadang2 okey la tpi lebih baik tonton cerita yang boleh beri manfaat dan motivasi pada diri kita. Jangan terlalu takot sebab aku rasa takde lagi kes orang dimakan pontianak. Orang makan orang ade la. Kesimpulannya, manusia lagi bahaya dari hantu kan?

Saturday, 16 November 2013

lirik :: AVICII - Wake Me Up :: lyrics


Feeling my way through the darkness
Guided by a beating heart
I can't tell where the journey will end
But I know where to start

They tell me I'm too young to understand
They say I'm caught up in a dream
Well life will pass me by if I don't open up my eyes
Well that's fine by me

So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

I tried carrying the weight of the world
But I only have two hands
Hope I get the chance to travel the world
But I don't have any plans

Wish that I could stay forever this young
Not afraid to close my eyes
Life's a game made for everyone
And love is the prize

So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

Didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know

Thursday, 14 November 2013

Papan Lukis - Drawing Tablet


     Aku ni jenis yang suka melukis sejak kecil lagi. Asal ade je mase terluang mesti tangan ni gatai nak melukis. Pada kebiasaannye aku melukis pakai pensil tapi klau xde pensil Pen pon jadi lah. Kadang2 smpai habis dakwat aku guna haha. Sampai la bapak aku bising sebab kebanyakan pen die cepat habis dakwat termasok lah marker pen die. Sudah pastinye bapak aku akan cari aku dulu klau tejadinye hal yang macam tu sebab lukisan aku bersama dakwat pen die penuh dekat setiap page buku bill die termasok lah surat khabar dan dinding bilik haha (mase tu kecik lagi tak pikir ape dah). Bile aku da besa sikit aku ternampak sorang kartunis ni melukis di atas papan and hasilnye terpampang pada skrin komputer, memang aku terpegun tak berganjak dari tempat abang tu. Start pada tu aku baru tau ade teknologi yang boleh memudahkan para pelukis melukis tanpa rase risau dakwat habis and sudah pastinye tak kene marah dengan bapak mereka. Tapi malangnye mase tu aku takde duit lagi nak beli barang cmtu. Mesti harganya beratus-ratus ringgit.

          Akhirnya sekarang aku dah berjaya beli barang yang aku mahukan sejak kecil iaitu drawing tablet Genius EasyPen i405X. Aku jumpa natang ni mase aku jalan2 kt Lowyat KL. kat tempat tu memang lubuk untuk barangan electronic dan syurga bagi penggemar gadget. drawing tablet ni sebenarnye belambak dekat dalam lowyat tu cuma tak berapa popular dan korang kene cari betul2 (aku nak bg tau tmpat aku beli ni pun aku da lupe). Banyak jenis drawing tablet ni di jual, ade yang mahal giler, ade yang murah (macam aku punya drawing tablet ni la). Harga yang aku dapat untuk drawing tablet ni RM100 and sekarang aku pasti korang bole dapat lebih murah dari harga tu. Tapi klau barang murah ni biase la qualitinya biase2 je tpi masih sesuai untuk beginner cam aku ni.

          Bile korang da beli benda ni, dalam kotak ade keterangan tentang cara nak install dan menggunakannye. bagi permulaan untuk melukis menggunakan papan lukis ni sudah pastinye akan rase kekok dan sakit kepale sebb tangan melukis tempat lain yang klua hasil lukisan. Nasihat aku mase nk gunakan benda ni korang kena letakkan tablet tu satu garis dengan kedudukan laptop atau keyboard computer. Bile da lame2 bole biasekan diri, korang akan rase selesa menggunakannye.

          Sekarang dengan rasa rendah diri aku nak tunjuk sikit hasil lukisan aku yang tak seberapa lepas guna drawing tablet ni.


          Lukisan ni aku cuma guna software 'paint' yang da sedia ade dalam windows7 aku. Kalau yang lebih advance diorang akn guna potoshop atau mane2 software seni untuk jadikan sesuatu lukisan lebih menarik dan gempak (aku mampu guna paint je, laptop aku tak cukup power untuk support photoshop. Berat sangat).Dengan adenye drawing tablet ni korang bole melukis sesuka hati korang dan bole cipta komik hasil karya korang sendiri. Jangan sia-siakan bakat yang korang ada mane tau kot2 suatu hari nanti korang bole jadi kartunis populer kan?? haha  

Wednesday, 13 November 2013

Honda Wave 125R - Tail lamp modification



     Aku sebenarnye tak berape berkenan dengan tail lamp wave125r yang ori sejak pertama kali beli (bapak aku yang beli). Dengan tail lamp yang macam tu motosikal nampak pendek dan tak brape nak menyengat. Lepas pada model wave125r ni keluar pulak wave 125s, nampak improvement pada bahagian design tapi bak kata geng-geng motor engine die pulak 'kureng' berbnding wave125r. Bak kata ayah aku pulak setiap first model yg dikluarkan oleh sesuatu syarikat motor ni mesti performance engine die pada tahap terbaik berbanding model yang akan dikeluarkan seterusnye (bapak aku mechanic motor) dan sebb tu la die angkat wave125r ni. Setuju tak? setuju ke tak setuju ke lantak korang lah, yang penting sekarang ni aku bukan nak cerita pasal performance engine die tapi aku nk cerite pasal tail lamp yang dah lama aku tak puas hati.

     Disebabkan rase ketidak puasan hati aku ni semakin tak dapat dibendung, aku ambek inisiatif dengan melakukan sedikit modifikasi pada bahagian tail lamp dan bahagian yang sewaktu dengannya. Sekarang korang bole tengok sendiri keadaan motor sebelum dan selepas pembedahan dijalankan. 


     Dari segi kekemasan tak lah sekemas macam yang ori tapi tu adalah yang sehabis baik. Dalam nak buat modifikasi yang macam ni bnyk bnde yang nk dikorbankan sebenarnye, duit, tenaga, tu pn naseb baik aku ade bengkel, barang2 yang aku dapat smuanye secondhand je haha.

     Sekarang aku nak kongsikan ilmu ni kat korang macam mane nak convert ekor motor korang smpai jadi macam dalam gambar. Untuk pngetahuan korang coverset untuk bahagian belakang tu aku cantumkan dengan cover model wave100r dan tail lamp tu aku guna tail lamp model wave125x. Itu bermakna, untuk  dapat kan coverset yang betul2 fit dengan bentuk rangka motor korang kena potong coverset 125r korang tu. Nampk tak ade pengorbanan dan risiko di situ? haha tapi setiap kejayaan mesti kene ambek risiko dulu kan.




Pemotongan pada bahagian cover wave125r mengikut bentuk yang sesuai untuk 
mencantum cover wave100r

Sebenarnye aku nak pasang tail lamp jenis ni tapi kat tempat aku susah nak dapat. 
Kalau dapat mesti lagi menarik
untuk masukkan tail lamp wave125x ni aku buat sikit pemotongan di kiri n kanan cover hitam die. ikut pada kesesuian n creativity












Ni la hasilnyee. Cuma tinggal tampal sticker sikit bg nampk menarik.

Aku siapkan projek ni tak sampai seminggu dengan ade nye peralatan yang lengkap. Sebelum buat apa2 korang kena pastikan segala peralatan dan bahan da siap sedia, sebab takut nanti projek terbantut tengah jalan sebab bahan tak cukup. Yang paling penting kesabaran dan berfikiran kreatif. kalau ade ape-ape pertanyaan just comment je. Semoga berjaya. 




Tuesday, 12 November 2013

lirik ::Cakra Khan: setelah kau tiada :: lyrics



Tak sempat ku mengertiKau tunjukan arah saat ku tersesatBeri cahaya saat ku sendiri dalam gelapNamun waktu tak pernah rela menungguHingga akhirnya kau pun pergi
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Baru ku teringat kau hembuskan anginSaat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringanNamun tak pernah aku hiraukan semuanyaHingga kini pun kau tiada
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Biarkan ku hidup dalam penyesalan iniSampai nanti kau akan kembali
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Yang tak kan mungkin pernah ada




lirik:: Masih Mencintainya. oleh: Papinka ::lyrics


Jika teringat tentang dirimuBerlinang air matakuKu rindu saat-saat bersamamuKasih sayangmu padaku
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya

Mimpi ku

aku just nk kongsi cerita tentang mimpi aku yang terbaik bgi aku sebb die mula dan berakhir dengan sempurna, x macam mimpi lain semuanye tergantung haha

semuanye bermula bila aku smpai di rumah sewa ku..barang2 ku smua telah di humban keluar, aku berasa aneh. aku ambek barang dan kluar dari kawasan perumahan.
di luar cuaca mendung sperti ribut akan melanda aku naik motosikal ku tnpa arah tuju..
angin mula bertiup kencang, jalan semakin sesak aku sangka hujan ribut yng dasyat akan melanda
tetapi jngkaan ku mleset, aku terdengar bunyi dentuman air ombak yng sangat kuat.. aku toleh keblakang, jauh dipndangan mata aku ternmpk
ombak besar menghentam dan menolak semua kenderaan di jalan raya, aku mula cemas, smua org cuba kluar dari kenderaan dan lari
aku turun motosikal dan lari semahu mahunya mencari sesuatu yng sesuai untuk berpaut, aku hnya sempat fikir cara untuk selamatkn diri dari ombak gergasi itu
aku sempat berpautpada batu besar di kawasan bukit di tepi jalan itu, dan ombak besar mula menghentam kami semua
aku buka mata aku berada di dalam air ombak yng deras itu, aku cuba berenang smpai ke permukaan dn aku berjaya
keadaan yng sngt cemas air deras tetap mengahnyutkan ku ttpi aku ternmpk puncak pokok dan aku berjaya berpaut padanya
aku lihat sekeliling  hancur musnah, segala kendaraan ada yng terapung ada yng tenggelam, air deras bewarna coklat kehitaman
hentaman ombak bukn sahaja dari satu sudut tetpi di pelbagai sudut.aku hairan sedangkan aku berda di kawasan yng amat jauh dari pntai.
bgaimna pula dengan kwsan berdekatan pntai? pastinya sudah tenggelam. aku x boleh tunggu terlalu lama aku perlu cri kawasan yng lebih selamat
aku berpaut dari satu pokok ke satu pokok akhirnya aku berjaya smpai ke kawsan yng sdikit reda dan cetek.cuaca ribut keadaan kelam awan hitam berarak
angin bertiup kencang bersama percikan kilat mnymbar. aku berlari bersama org lain yng msih terselamat,
aku cuba untuk bersedia jika berlaku lagi pukulan ombak besar yng bakal tiba. aku ternmpk wartawan bersama juru kamera sempat mmbuat liputan
aku terdengar dentuman ombak yng kuat bersama desiran air tetapi aku x tahu dari arah mana, aku terus pergi kekawasan yng terdapat bnyk pokok tinggi
aku berasa sngt cemas, ketika memanjat dan berpaut pada pokok aku ternmpk seorang gadis yng juga memnjat pokok tidak jauh dari aku
di kawasan itu hanya kami shja mmbuat keputusan untuk memnjat dan berpaut pada pokok dan bersedia semntara org lain masih berlari lintang pukang
beberapa saat kmudian ombak dan air yng berarus deras itu tiba sperti yng dijangka, ombak tersebut  menghentam pokok2 dikwasan aku dan satu persatu pokok tumbang
aku cemas tetapi pmikiran ku tangkas mngatur langkah, air  mula smpai ke puncak pokok wanita yng berada berdekatan dngan ku memndangku dan aku hulurkan tngan
aku jangkakan pokok miliknya pasti akan tumbang aku mencapai tngan gadis itu dan kami bernasib baik arus deras semkin reda,
aku ternmpk kawasan bukit yng masih belum dinaiki air, aku dan gadis itu mngatur langkah berpaut dari satu dahan ke satu dahan bersama  apungan diri pada arus air yg deras
sesampaingan di kawasan itu, aku dan gadis itu berlari ke puncak bukit, disitu aku ternmpk banggunan sekolah usang kami masok ke kawasan sekolah itu kerana
bukit yng lebih tinggi terdapat di bahagian belakang skolah tersebut. kami perlu mndaki untuk smpai ke puncak
dan sungguh ku x sangka gadis tersebut hebat dalam memanjat dan mndaki,dia lebih pntas dari ku
akhirnya kami smpai di kawasan tinggi, di situ keadaan sangt sejuk kelam bersama hujan ribut
kami berselindung di kawasan pokok2. gadis tersebut mnggeletar kesejukan. aku genggam tangan dan rapat dengan gadis itu untuk memberi sedikit haba
kami terdengar jeritan org ramai, aku terlihat rmai org berlari cuba selamatkan diri, aku menjerit memberithu mreka kawasan ku yg lebih selamat
mereka mendaki ke tempat kmi, aku lihat cina india melayu smua keadaan ketakutan. aku bertanya kpda seorng perempuan diantara mreka, adakah hanya tempat kita yg almi bencana ni?
perempuan itu menjawab, tidak.. satu dunia mengalami bencana ini. aku terkejut, adakah hari kiamat sudah tiba?
kami terdengar dentuman ombak tetpi aku yakin tempat yng  kmi berada sudah cukup selamat.
aku memandang gadis di sebelahku yng bersama ku sejak awal selepas keadaan sejuk di badannya sedikit reda,
kami berbalas senyuman dan aku berasa sngt lega kerana masih terdapat senyuman dari seseorang wlaupun dalam keadaan cemas begini
tmbahan pula dia seorang gadis yng cantik bersama senyuman yng sangat menenangkan jiwaku,
itu adalah kali pertama perasaan yng amat tenang dan amat mlegakan timbul selepas memandang senyuman drpada seorang gadis.
setelah beberapa jam berada dikawasan tersebut, cuaca masih belum berubah, awan hitam masih berarak bersama percikan kilat.
tiba2 kami ternampak beberapa cahaya di langit bergerak laju bersama bunyi yng amat kuat, kami smua cemas, adakah itu meteor?
apabila deperhatikan sebenarnya tidak, ia adalah peluru berpndu dan ia bergerak melepasi kami. persoalannya apakah tujuan peluru berpndu itu berlegar di langit malaysia?
kami tetap mnunggu dengan penuh harapan psukan pnyelamat akan tiba. genggaman tangan gadis itu semakin kuat, aku sedar gadis itu berada dlm ketakutan dan kesejukan
tiba tiba satu lagi cahaya seperti miteor muncul di langit tetapi cahayanya semakin besar bersama bunyi yng semkin kuat seolah olah semakin hmpir.
adakah ia menuju kearah kami? aku hanya mampu berdoa smoga tuhan selamatkn kami. da akhirnya, ia adalah peluru berpandu dan ia menghentam berdekatan dengan kawasan kami.
aku tergamam, ketika itu aku rasakan masa bergerak teramat perlahan, smua org berlari ketakutan ada juga yng sempat mngucpkan selamat tinggl dengan sahabat masing2
kerana peluru itu sudah pastinya akan meletup kurang dari 1 saat
dan aku sempat menoleh ke wajah gadis itu, die memandang ku bersama raut wajah yng ketakutan.
aku memberi senyuman sementara cahaya bomb yg meletop mula mnerangi kawasan itu dan mengkaburkn mata. gengaman tngan kami terlepas
gadis itu hilang dipndangan mata, aku dapat rasakan jasadku hancur menjadi debu. TAMAT

sory la ayt berterabor, ni cuma mmpi je taw. takat ni je yg ak mmpu kongsikn huhu byee..



Monster Hunter Freedom Unite MHFU -how to kill Shen Gaoren

   



Sekarang, aku nak bantu sesape yang tengah tension sebb x lepas-lepas lgi nk bunuh si rksasa ketam besa tahap gaban ni. xpe aku paham sangt la perasaan korang, mse ak dapat misi ni ak ingtkn senang jer nk bunuh natang ni sebb pergerakan die pelahan n x mnyerang kite langsung. tpi rupenye susah jugak, smpai bepuluh puluh kali repeat. smpai la mse aku givup n aku x men game ni ntuk bebulan bulan sebb tension ngan natang ni pnye pasal. tpi lepas ak rase tercabar bile kwan2 aku smua berjaya bunuh rksasa tu aku tros bertekad cari jalan ntuk slesaikannye (kwn ak ni kdekut ilmu, xnk kongsi lngsung pnglaman cra bunuh shen gaoren ni). selepas behari2 buat uji kaji senjata n armor yng sesuai ntuk bertarung ngan shen gaoren ni akhirnye aku dapat formula mudah n skrang ak nk kongsikn kt korang.

ape yang korang perlu gunakan mse nk bertarung dengan shen gaoren?

Armor: Blango set

sebab ape aku pilih armor set Blango ni? sebb utama die tahan gegaran. setiap pergerakan shen gaoren mncipta gegaran yg kuat smpai menjejaskan pergerakan n merugikan masa korang bertarung. sekurang kurangnye peratus hit korang lebih tinggi bile korang pkai armor ni berbnding ngan armor lain. Selain tu armor ni mudah sngt ntuk diperoleh. bunuh blango xde la susah mane.

weapon: Wyvern Blade 'Blood'

shen gaoren ni lemah pade kesan fire, Dragon, n thunder, n jenis senjata yang mudah dikendali n bagi impk yng berbaloi adalah long sword n hammer. tpi lepas aku kaji, pedang Wyvern Blade 'Blood' ni yang paling mudah untuk diperoleh n damange die terhadap rksasa paling berbaloi sebb ade kesan api disamping mudah dikendali. pade budak2 gunner korang perlu berlatih menggunakan kesan istimewa yng ade pade pedang tu (nnti korang pakai korang tau la). ntuk dapatkan pedang ni korang perlu beli dlu pedang Wyvern Blade 'Fall' n korang upgrade smpai jadi Wyvern Blade 'Blood'. brang yng agak susah skit nk dapat adlah rathalos webbing diamna korang kne bunuh Rathalos yng dtng berpasangan dengan Rathian dalam misi level 6 bintang ( bg ak great sword senjata pling mujarab untuk stlekn natang dua ekor ni).firestone plk korang kne cari kt volcanic (yg kt gunung berapi tu), guna bntuan kucing yng mngembara yg ade kt korang punya kebun tu (ala kucing yng naik smpan tu la) arah kn die pergi ke gunung berapi.

Bomb: All

gunakan semua bomb sebaik mungkin, jngan gelabah mse guna bomb, letak pade tempat n masa yng tepat satu persatu. (aku prefer letupkan kt kaki die untuk bntu percepatkan kaki die jdi merah menyala).

other:


korang PERLU gunakan setiap senjata yng ade kt tembok pertahanan tu kecuali cannon sebb ia agk mmbuang mase. tombak besar tu korang perlu gunakan sekurang kurangnye dua kali n korang hnya bole gunakan mase awal pertarungan n akhir pertarungan sebb lepas korng guna senjata tu sekali senjata tu ambek masa untuk dgunakan ntuk kli kedua. untuk penembak tu pluru sudah sedia diberi dlm kotak supply tpi blingannye cuma 6 n korang bole tmbah jdikan 10 tpi kene cari dekat kawasan no 1.

how to kill:

Korang semua tau menatang ni pnye pergerakan sngt slow, mse awal perlawanan korang punyai bnyk masa terluang kn? mase tu korang kne mnfaatkan dngan cari peluru di kawasan no satu. siap sedia makan 'mega demon drug' increase stamina n tmbah nyawa (tu pun jika x cnfident). turun bawah n tunggu langkahan pertama shengaoren ke dlam kawasan larangan (kawasan kita lah). selangkah je die msok korang tetak kaki die smpai merah menyala (dengan perasaan marah dan semngt membara). korang kne tibai keempat empat kki die smpai smuanye merah menyla tpi dlm proses tu korang kne ingt untuk naik n gunakan tombak gergasi yng ada pada dinding pertahanan tu mase rksasa tu berada dekat dengan dinding tu (semasa awal perlawanan). guna bomb pada masa yg korang rase sesuai dan berbaloi. pukul kaki die smpai semua merah n die terjatuh korang tibai pulak muka die. mase die jatuh kaki die yng merah menyala akan bertukar hitam semula (tu bukan jatuh biase tpi ya tu memang betul2 sakit). n korang repeat pukulan smpai die terjatuh 'mcm tadi' ntuk kli kedua (sekurang-kurangnya dua kli terjatuh). 3 minit terakhir naik atas guna penembak tu, tembak kearah rksasa tu n gunakan tombak gergasi buat kli kedua. BBOOMMMBBB!! VICTORY!!



Dalam perlawanan ni korang kne berlawan sehingga ke saat yang terakhir. korang xleh givup awal2 sebb berdasarkan kemmpuan, masa n kuasa yng kite ade mse tu mmg cukup2 makan je ntuk tumbang kan shen gaoren tu. aku pon tumbang kn natang tu masa berapa saat terakhir (memang rase cuak giler da time tu hahah). berbeza dengan video yg ade dlm Utube, diorng boleh bunuh shen gaoren dlm mse singkt sebb diorng da ade senjata n armor yng hnye bole dpt kt level atasan. tpi klau korang boleh bunuh shen gaoren guna senjata yang ak syorkan dlm mse singkat korang memang terer lah kn haha. ok smua aku da kongsikan aku harap korang berjaya. yang penting jngan putus asa. byeee :D