Saturday, 30 November 2013

Pengalamanku Ternampak Hantu

          

          
           Korang semua tahu sekarang cerite tentang dunia seram makin hangat diperkatakan selepas kes villa nabila yg dipercayai berhantu dan berlakunye kehilangan seorang remaja di villa berhantu tersebut. Akhirnya remaja tersebut dijumpai dirumah KAWAN die kerana die bermalam disitu (kes ni dinobatkan sbgai troll semalaysia yang sangat berjaya hahaha).
          
          Sebelum die pergi bermalam di rumah KAWAN die, budak ni ade join rombongan melawat ke rumah villa nabila. Ini semua gara2 taksub sangat tengok criter HIGHLAND TOWER yang BEST SANGAT tu (tngok crite tu umpama naik roller coster smpai rase nak termuntah, pening punya pasal). Semua nk tunjuk BRAN nk try sendiri jumpa hantu depan mata, tu pn ade yang pengsan masok umah tu wlaupn beramai2 (kalau tersalah informasi mohon ampun ye). Tapi sekarang aku bukn nk cerite pasal villa nabila, aku sebenanye nak cerite pengalaman aku sendiri berdepan dengan hantu depan mata aku.
          
          Semuanye terjadi mase aku join perkhemahan jambori pengakap ketika berumur 14 tahun. Tempat perkhemahan tu aku taknak bagi tahu korang sebab takut mencemarkan nama (lupa sebenarnye haha). Tempat perkhemahan tu sngat cantik di siang hari, berangin, dikelilingi pokok dan berbukit. Tapi kelemahan tempat ni toilet dan tempat mandinye terok air paip pn susah nak dapat. Mase hari pertama berkhemah tu aku dah dengar desas-desus yg mengatakan tempat tu keras (berhantu). Aku pulak jenis kurang percaya benda2 camni (maklum la tak pernah jumpa lgi kan).
          
          Perkhemahan selama 5 hari kat situ berjalan dengan lancar dan sangat menyeronokkan. Tambah2 bile bertemu kawan2 baru dri pelbagai negeri (awek2 pengakap pn boleh tahan cunnye). Di pendekkan cerita, sampai lah malam terakhir perkhemahan, semua kawan2 melakukan aktiviti bersosial masing2. Betukar no phone, bergayut, begossip (maklum la malam terakhir mesti mau enjoy ckup2). Aku pulak dengan kawan aku pergi di bhagian jualan barangan pengakap. Ketika tu pukul 10 malam, aku berborak dengan kwan aku dan ayat yang aku masih ingt smpai sekarang mase berborak tu aku tercakap;

'' diorang cakap tempat ni keras, aku tengok tak keras mana pon. Biase2 je''

kawan aku pn balas
'' weih ko jangan cakap besar, sekali ko jumpa depan mata ko baru ko taw''



          Kira2 jam 1.15 pagi kitorang masih belum tidur, tiba2 kawan aku sorang ni mintak tolong aku teman die pergi tandas sebab nak buang air besar, tak tahan sangat dah die mase tu. So kitorang pun begerak ke tandas sedia ada, ade orang guna pulak dah. Disebabkan tak tahan sangat kwan aku ajak ke tandas usang agak jauh sikit dari tapak khemah. Di belakang tandas usang tu terdapat sebatang pokok yang sangat besar. Kat situ takde dibekalkan cahaya lampu, air pun cuma ada air tadahan hujan dalam tong. Kawan aku guna lampu suluh masok dalam tndas tanpa pikir ape2 (da x tahan sngt dah). So tinggal lah aku sorang2 kat luar tandas ditemani cahaya bulan dan sedikit cahaya dari tapak perkhemahan. Masa tu aku tak pikir ape2, rase takut pun tak. Pasal hantu memang tak terlintas pun dalam pemikiran aku ni masa tu.
          
          Akhirnya kwan aku da selesai lepaskan hajat die so kitorang pun bergerak ke tapak perkhemahan. Selang beberape langkah dari tandas usang tu, hati aku mula terdetik untuk toleh ke belakang pandang kearah tandas usang tu, kawan aku yang sorang lagi tak endahkan aku (maklum la da puas) dan aku pon tak kesah kalau die nak balik tapak perkhemahan dulu. Aku pun toleh ke belakang dan pandang ke kawasan tandas usang tu. Benda pertama yang aku nampak pokok besar di belakang tandas tu. Aku perhati betul2 pada pokok tu takde ape2. Tapi aku berasa pelik, kenapa perasaan ingin tahu aku ketika itu sangat tinggi sampai membatasi perasaan takut. Secara perlahan Aku mula mengalih pandangan aku dari pokok besar tu perlahan2 turun sehingga ke bahagian tandas usang. Bulu roma aku meremang secara tiba2 bile aku pandang pada dinding tandas usang tu. Alangkah terkejutnye aku bile aku perhati betul2 aku ternampak susuk tubuh perempuan bertudung dah berpakaian labuh tetapi tidak berwajah berdiri tegak dihadapan dinding tandas seolah2 memerhatikan aku. Aku memang nampak bentuk muka bonjol licin tiada mata hidung mulut. Tahap keberanian aku jatuh merudum, badan dah rase cam melayang2 takot punya pasal. Aku masih ingt dalam samar2 cahaya bulan dan sedikit cahaya dari tapak khemah aku ternampk sedikit kesan darah dan kotoran tanah pada kain hantu tu sebelum aku nampak muka yang tidak berwajah. Aku pndang hanya dalam 5 saat teros toleh dan berjalan laju kearah tapak perkhemahan. Tapi dalam tempoh 5 saat tu aku yakin ape yang aku nampak dan ape yang aku ceritakan ni memang datang dari mata kepala aku sendiri.
           
          Sesampainye aku di tapak perkhemahan aku cakap pada kawan aku yang ketika itu sedang seronok berborak

'' korang... Aku dah nampk benda tu..''

teros aku gerak masok kedalam khemah rebahkan badan yng tengah sejuk menggeletar. Kawan aku yang lain terpinga2 tetapi diorang taknak panjangkan cerita kerana ketika itu sudah lewat malam dan tidak sesuai untuk bercakap tentang itu.
          
          Pada jam 6 pagi azan subuh berkumandang, aku gagahkan badan aku bangun untuk bersolat wlaupun ketika itu badan aku on the way nak demam. Aku terus menuju ke surau tanpa tunggu kawan2 yang lain. Sebab aku berasa sangat selamat berada di surau dan bersolat. Allah lebih berkuasa dan aku hanya minta perlindungan dari Nya.
          
          Bermula pada peristiwa tu, aku berasa lebih gagah, menjaga solat dan menjaga percakapan dan perlakuan. Kawan2 aku memang ramai bertanya tentang peristiwa itu dan aku cerita dengan jujur tanpa tokok tambah macam ape yng aku ceritakan kat korang sekarang ni.
          
          Tips aku untuk tingkatkan  keberanian diri, korang jangan terlalu kerap menonton cerita hantu. Cerita hantu sudah pastinye bertujuan untuk menakut2kan korang. Bila korang terlalu kerap menonton cerita hantu, pelbagai wajah hantu melayang2 dalam pemikiran korang dan membuatkan korang berasa takot bila berada di tempat sunyi atau gelap sebab terbayang2 rupa hantu tu. Ade orang cakap kebanyakan orang yang mudah dirasukkan adalah orang yang jenis lemah semangat, lemah iman. Mantapkan diri korang dengan ilmu agama, hafal pelbagai surah melindung diri dari syaitan, sentiasa berdoa kepada Allah, sentiasa percaya Allah maha besar berkuasa dan hanya Allah yang wajib kita takuti bukannya hantu.

          
          So nasihat aku, kalau korang jenis yang lemah semangat, lemah iman dan ilmu agama janganlah korang melemahkan lagi dengan menonton cerita hantu. Tngok kadang2 okey la tpi lebih baik tonton cerita yang boleh beri manfaat dan motivasi pada diri kita. Jangan terlalu takot sebab aku rasa takde lagi kes orang dimakan pontianak. Orang makan orang ade la. Kesimpulannya, manusia lagi bahaya dari hantu kan?

No comments:

Post a Comment