Wednesday, 13 November 2013

Honda Wave 125R - Tail lamp modification



     Aku sebenarnye tak berape berkenan dengan tail lamp wave125r yang ori sejak pertama kali beli (bapak aku yang beli). Dengan tail lamp yang macam tu motosikal nampak pendek dan tak brape nak menyengat. Lepas pada model wave125r ni keluar pulak wave 125s, nampak improvement pada bahagian design tapi bak kata geng-geng motor engine die pulak 'kureng' berbnding wave125r. Bak kata ayah aku pulak setiap first model yg dikluarkan oleh sesuatu syarikat motor ni mesti performance engine die pada tahap terbaik berbanding model yang akan dikeluarkan seterusnye (bapak aku mechanic motor) dan sebb tu la die angkat wave125r ni. Setuju tak? setuju ke tak setuju ke lantak korang lah, yang penting sekarang ni aku bukan nak cerita pasal performance engine die tapi aku nk cerite pasal tail lamp yang dah lama aku tak puas hati.

     Disebabkan rase ketidak puasan hati aku ni semakin tak dapat dibendung, aku ambek inisiatif dengan melakukan sedikit modifikasi pada bahagian tail lamp dan bahagian yang sewaktu dengannya. Sekarang korang bole tengok sendiri keadaan motor sebelum dan selepas pembedahan dijalankan. 


     Dari segi kekemasan tak lah sekemas macam yang ori tapi tu adalah yang sehabis baik. Dalam nak buat modifikasi yang macam ni bnyk bnde yang nk dikorbankan sebenarnye, duit, tenaga, tu pn naseb baik aku ade bengkel, barang2 yang aku dapat smuanye secondhand je haha.

     Sekarang aku nak kongsikan ilmu ni kat korang macam mane nak convert ekor motor korang smpai jadi macam dalam gambar. Untuk pngetahuan korang coverset untuk bahagian belakang tu aku cantumkan dengan cover model wave100r dan tail lamp tu aku guna tail lamp model wave125x. Itu bermakna, untuk  dapat kan coverset yang betul2 fit dengan bentuk rangka motor korang kena potong coverset 125r korang tu. Nampk tak ade pengorbanan dan risiko di situ? haha tapi setiap kejayaan mesti kene ambek risiko dulu kan.




Pemotongan pada bahagian cover wave125r mengikut bentuk yang sesuai untuk 
mencantum cover wave100r

Sebenarnye aku nak pasang tail lamp jenis ni tapi kat tempat aku susah nak dapat. 
Kalau dapat mesti lagi menarik
untuk masukkan tail lamp wave125x ni aku buat sikit pemotongan di kiri n kanan cover hitam die. ikut pada kesesuian n creativity












Ni la hasilnyee. Cuma tinggal tampal sticker sikit bg nampk menarik.

Aku siapkan projek ni tak sampai seminggu dengan ade nye peralatan yang lengkap. Sebelum buat apa2 korang kena pastikan segala peralatan dan bahan da siap sedia, sebab takut nanti projek terbantut tengah jalan sebab bahan tak cukup. Yang paling penting kesabaran dan berfikiran kreatif. kalau ade ape-ape pertanyaan just comment je. Semoga berjaya. 




5 comments:

  1. Spray kt mne tu bos nk jugak

    ReplyDelete
  2. hi bro bleh x design
    cover set saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. moto spesis sy ek? nnti ada msa sy upload design yg mna ade okey

      Delete
  3. Terbaik la bro.. post lama tapi still reply comment lagi.. update la lagi pasal moto ni.. sebab aku pon pakai moto ni jugak

    ReplyDelete