Korang semua tahu sekarang cerite tentang dunia seram makin hangat
diperkatakan selepas kes villa nabila yg dipercayai berhantu dan berlakunye
kehilangan seorang remaja di villa berhantu tersebut. Akhirnya remaja tersebut
dijumpai dirumah KAWAN die kerana die bermalam disitu (kes ni dinobatkan sbgai
troll semalaysia yang sangat berjaya hahaha).
Sebelum die pergi bermalam di rumah KAWAN die, budak ni ade join
rombongan melawat ke rumah villa nabila. Ini semua gara2 taksub sangat tengok
criter HIGHLAND TOWER yang BEST SANGAT tu (tngok crite tu umpama naik roller
coster smpai rase nak termuntah, pening punya pasal). Semua nk tunjuk BRAN nk
try sendiri jumpa hantu depan mata, tu pn ade yang pengsan masok umah tu wlaupn
beramai2 (kalau tersalah informasi mohon ampun ye). Tapi sekarang aku bukn nk
cerite pasal villa nabila, aku sebenanye nak cerite pengalaman aku sendiri
berdepan dengan hantu depan mata aku.
Semuanye terjadi mase aku join perkhemahan jambori pengakap ketika
berumur 14 tahun. Tempat perkhemahan tu aku taknak bagi tahu korang sebab takut
mencemarkan nama (lupa sebenarnye haha). Tempat perkhemahan tu sngat cantik di
siang hari, berangin, dikelilingi pokok dan berbukit. Tapi kelemahan tempat ni
toilet dan tempat mandinye terok air paip pn susah nak dapat. Mase hari pertama
berkhemah tu aku dah dengar desas-desus yg mengatakan tempat tu keras
(berhantu). Aku pulak jenis kurang percaya benda2 camni (maklum la tak pernah
jumpa lgi kan).
Perkhemahan selama 5 hari kat situ berjalan dengan lancar dan sangat
menyeronokkan. Tambah2 bile bertemu kawan2 baru dri pelbagai negeri (awek2
pengakap pn boleh tahan cunnye). Di pendekkan cerita, sampai lah malam terakhir
perkhemahan, semua kawan2 melakukan aktiviti bersosial masing2. Betukar no
phone, bergayut, begossip (maklum la malam terakhir mesti mau enjoy ckup2). Aku
pulak dengan kawan aku pergi di bhagian jualan barangan pengakap. Ketika tu
pukul 10 malam, aku berborak dengan kwan aku dan ayat yang aku masih ingt smpai
sekarang mase berborak tu aku tercakap;
'' diorang cakap tempat ni keras, aku
tengok tak keras mana pon. Biase2 je''
kawan aku pn balas
'' weih ko jangan cakap besar, sekali ko
jumpa depan mata ko baru ko taw''
Kira2 jam 1.15 pagi kitorang masih belum
tidur, tiba2 kawan aku sorang ni mintak tolong aku teman die pergi tandas sebab
nak buang air besar, tak tahan sangat dah die mase tu. So kitorang pun begerak
ke tandas sedia ada, ade orang guna pulak dah. Disebabkan tak tahan sangat kwan
aku ajak ke tandas usang agak jauh sikit dari tapak khemah. Di belakang tandas
usang tu terdapat sebatang pokok yang sangat besar. Kat situ takde dibekalkan
cahaya lampu, air pun cuma ada air tadahan hujan dalam tong. Kawan aku guna
lampu suluh masok dalam tndas tanpa pikir ape2 (da x tahan sngt dah). So
tinggal lah aku sorang2 kat luar tandas ditemani cahaya bulan dan sedikit
cahaya dari tapak perkhemahan. Masa tu aku tak pikir ape2, rase takut pun tak.
Pasal hantu memang tak terlintas pun dalam pemikiran aku ni masa tu.
Akhirnya kwan aku da selesai lepaskan hajat die so kitorang pun bergerak
ke tapak perkhemahan. Selang beberape langkah dari tandas usang tu, hati aku
mula terdetik untuk toleh ke belakang pandang kearah tandas usang tu, kawan aku
yang sorang lagi tak endahkan aku (maklum la da puas) dan aku pon tak kesah
kalau die nak balik tapak perkhemahan dulu. Aku pun toleh ke belakang dan
pandang ke kawasan tandas usang tu. Benda pertama yang aku nampak pokok besar
di belakang tandas tu. Aku perhati betul2 pada pokok tu takde ape2. Tapi aku
berasa pelik, kenapa perasaan ingin tahu aku ketika itu sangat tinggi sampai
membatasi perasaan takut. Secara perlahan Aku mula mengalih pandangan aku dari
pokok besar tu perlahan2 turun sehingga ke bahagian tandas usang. Bulu roma aku
meremang secara tiba2 bile aku pandang pada dinding tandas usang tu. Alangkah
terkejutnye aku bile aku perhati betul2 aku ternampak susuk tubuh perempuan
bertudung dah berpakaian labuh tetapi tidak berwajah berdiri tegak dihadapan
dinding tandas seolah2 memerhatikan aku. Aku memang nampak bentuk muka bonjol
licin tiada mata hidung mulut. Tahap keberanian aku jatuh merudum, badan dah
rase cam melayang2 takot punya pasal. Aku masih ingt dalam samar2 cahaya bulan
dan sedikit cahaya dari tapak khemah aku ternampk sedikit kesan darah dan
kotoran tanah pada kain hantu tu sebelum aku nampak muka yang tidak berwajah.
Aku pndang hanya dalam 5 saat teros toleh dan berjalan laju kearah tapak
perkhemahan. Tapi dalam tempoh 5 saat tu aku yakin ape yang aku nampak dan ape
yang aku ceritakan ni memang datang dari mata kepala aku sendiri.
Sesampainye aku di tapak perkhemahan aku cakap pada kawan aku yang
ketika itu sedang seronok berborak
'' korang... Aku dah nampk benda tu..''
teros aku gerak masok kedalam khemah rebahkan
badan yng tengah sejuk menggeletar. Kawan aku yang lain terpinga2 tetapi
diorang taknak panjangkan cerita kerana ketika itu sudah lewat malam dan tidak
sesuai untuk bercakap tentang itu.
Pada jam 6 pagi azan subuh berkumandang, aku gagahkan badan aku bangun
untuk bersolat wlaupun ketika itu badan aku on the way nak demam. Aku terus
menuju ke surau tanpa tunggu kawan2 yang lain. Sebab aku berasa sangat selamat
berada di surau dan bersolat. Allah lebih berkuasa dan aku hanya minta
perlindungan dari Nya.
Bermula pada peristiwa tu, aku berasa lebih gagah, menjaga solat dan
menjaga percakapan dan perlakuan. Kawan2 aku memang ramai bertanya tentang
peristiwa itu dan aku cerita dengan jujur tanpa tokok tambah macam ape yng aku
ceritakan kat korang sekarang ni.
Tips aku untuk tingkatkan
keberanian diri, korang jangan terlalu kerap menonton cerita hantu.
Cerita hantu sudah pastinye bertujuan untuk menakut2kan korang. Bila korang
terlalu kerap menonton cerita hantu, pelbagai wajah hantu melayang2 dalam
pemikiran korang dan membuatkan korang berasa takot bila berada di tempat sunyi
atau gelap sebab terbayang2 rupa hantu tu. Ade orang cakap kebanyakan orang
yang mudah dirasukkan adalah orang yang jenis lemah semangat, lemah iman. Mantapkan
diri korang dengan ilmu agama, hafal pelbagai surah melindung diri dari
syaitan, sentiasa berdoa kepada Allah, sentiasa percaya Allah maha besar
berkuasa dan hanya Allah yang wajib kita takuti bukannya hantu.
So nasihat aku, kalau korang jenis yang lemah semangat, lemah iman dan
ilmu agama janganlah korang melemahkan lagi dengan menonton cerita hantu. Tngok
kadang2 okey la tpi lebih baik tonton cerita yang boleh beri manfaat dan
motivasi pada diri kita. Jangan terlalu takot sebab aku rasa takde lagi kes
orang dimakan pontianak. Orang makan orang ade la. Kesimpulannya, manusia lagi
bahaya dari hantu kan?